Suspek Utama Kes Bunuh Pembantu Pengurus Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia disyaki suspek utama kes pembunuhan seorang pembantu pengurus projek berusia 45 tahun di Bekenu, dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 5.15 petang semalam di tepi jalan Kampung Skrat, KM124 Jalan Pesisir Miri-Bintulu.

"Susulan tangkapan itu, polis merampas sebilah pisau badek berukuran 19sm berserta hulu dan sarung di sebuah rumah di kebun kelapa sawit di kawasan Batu Niah pada pukul 10 malam," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Khoo berkata, polis akan membuat permohonan perintah tahanan reman terhadap suspek pada hari ini untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 8 malam, Sabtu lepas, mangsa, Yusuf Sidani berasal dari Sabah, dibunuh di hadapan sebuah kedai snuker di Kampung Kayu Kapur, Bekenu, manakala dua lagi lelaki warga Indonesia turut cedera akibat serangan menggunakan senjata tajam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bunuh

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan