Pemandu Wanita Positif Dadah

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 11:31 AM

KEADAAN selepas kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isternya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling pada 18 April 2017. - G.C.TAN/The Star.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemandu wanita berusia 37 tahun yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isterinya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, Selasa, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Sharifudin Yusof berkata saringan awal ujian air kencing wanita tempatan itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Wanita tersebut yang memandu Toyota Hilux dan berasal dari Baling itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Baling bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada Rabu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, ASP Mohd Noor Mat Ayub sekeluarga menaiki Myvi dalam perjalanan menghantar isterinya, Suriya Abdul Rahman, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri sebelum sebuah Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta jenis Honda City dari arah Kupang ke Baling menyebabkan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat anak mereka mengalami kecederaan.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Maut

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan