Kes Rasuah Johor: Beberapa Individu Dijangka Didakwa Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 1:15 PM

Azam Baki.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Beberapa individu dijangka akan didakwa berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata buat masa ini, pihaknya dan Timbalan Pendakwa Raya sedang memperkemaskan beberapa elemen siasatan.

"Saya tidak akan dedahkan nama-nama mereka. Cukup saya katakan mereka yang bakal didakwa adalah dalam kalangan mereka yang pernah ditangkap berhubung kes ini," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat operasi bersama Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM Negeri, Datuk Azmi Alias. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan