Suami Ugut Bunuh Isteri, Mertua Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang mengancam hendak membunuh isteri dan ibu bapa mentuanya ditahan polis di Kampung Tunku Abdul Rahman, Batu 10 Lambir, dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, selain melakukan ugutan jenayah, suspek yang bekerja sendiri itu telah mencekik leher isterinya yang berumur 37 tahun dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam, Ahad lepas.

"Suami mangsa membawa parang dan mengancam mahu membunuh mangsa serta ibu bapa mangsa yang tinggal di Tudan dan bimbang dengan ugutan itu, mangsa bersama anak-anaknya melarikan diri dari rumah tempat mereka tinggal bersama," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Leng Huat berkata, menurut isteri mangsa, suspek yang pernah menjalani rawatan pemulihan penagihan dadah di Kuching adalah seorang panas baran dan sering bertindak ganas apabila marah.

"Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa tidak berani balik ke rumah dan terus membuat laporan polis," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Tudan , Khoo Leng Huat

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan