Jual Cuti Sakit Palsu, Seorang Wanita Ditahan Di Slim River

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil cuti sakit di sebuah premis di Jalan Medan Niaga Pasar, Slim River dekat Tanjung Malim, Isnin malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superitendan Lee Ewe Kiang berkata, suspek yang berumur 33 tahun itu ditahan di sebuah kedai menjual alat tulis berhadapan dengan sebuah stesen bas kira-kira pukul 7.15 malam.

Beliau berkata bertindak atas maklumat orang awam serta hasil risikan polis, wanita berkenaan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu klinik dan beberapa buah hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dipercayai terlibat dengan kegiatan itu sejak 2011.

"Pesakit'' yang mahu sijil cuti sakit hanya perlu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suspek beserta butiran peribadi dan hanya dikenakan bayaran antara RM18 hingga RM25.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, suspek menggunakan cap rasmi dan tandatangan palsu lapan orang doktor klinik dan hospital terbabit," katanya pada sidang media di Balai Polis Sungai Senam di sini, Selasa.

Ewe Kiang berkata, salah seorang daripada lapan orang doktor tersebut telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Slim River 12 April lalu untuk menafikan pembabitannya dalam sindiket berkenaan setelah mengetahui namanya telah diguna pakai.

Beliau berkata semasa ditahan, polis turut merampas empat buah buku latihan catatan nama pelanggan, 64 keping sijil cuti sakit palsu, 20 cap getah serta sebuah telefon bimbit.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan serta polis tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat individu dalam kalangan kakitangan klinik dan hospital yang terlibat dalam kegiatan itu.

Ewe Kiang berkata, hasil siasatan mendapati pelanggan yang membeli sijil cuti sakit palsu itu terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta, pekerja kilang serta pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar daerah Tanjung Malim.

"Kebanyakan sijil cuti sakit itu dibuat secara fotostat daripada yang asal dan polis masih menyiasat dari mana suspek mendapatkan bekalan sijil cuti sakit tersebut," katanya sambil menambah suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan menipu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Slim River , sijil cuti sakit

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan