Bapa Murid Buat Laporan Dakwa Anak Dipukul Guru

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di dalam mata sebelah kiri.

Raja Faizuddin Raja Sulaiman, 39, berkata kejadian disedari pada pukul 1.40 tengah hari Isnin ketika beliau dan isteri menghantar bekalan makanan kepada anaknya, Raja Irfan Anaqi, 8,  yang belajar tahun 2 di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Hashim 2 di Pengkalan Chepa  di sini.

"Ketika bertemu dengan anak, saya dapati berlaku pendarahan dalam mata Raja Irfan. Saya bertanya kepadanya dan rakan-rakannya kenapa mata boleh cedera.

"Raja Irfan dan rakan-rakannya memberitahu seorang guru lelaki telah memukulnya menggunakan penyapu bulu ayam di bahagian batang besi," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu.

Raja Faizuddin berkata beliau kemudian ke kelas anaknya itu untuk mencari penyapu bulu ayam tersebut namun tidak menemui barang berkenaan.

Beliau berkata penjelasan pihak sekolah mengenai insiden itu juga tidak memuaskan hati.

Beliau kemudian membawa anaknya ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Kota Bharu Supt Setapa Yusuf ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pukul pelajar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan