55,000 Ditahan, RM81 Juta Dadah Dirampas Setakat 13 April

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 4:37 PM

Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan lebih 55,000 individu berkaitan kesalahan dadah dan merampas pelbagai jenis bahan larangan itu bernilai RM81 juta setakat 13 April ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata usaha berterusan pihaknya memerangi jenayah itu, terutama sindiket dadah antarabangsa berjaya membongkar lapan premis yang dijadikan makmal memproses dadah di seluruh negara.

"Dari 1 Januari hingga 13 April, kita sudah merampas dadah bernilai RM81.67 juta dan menahan 55,903 individu termasuk 2,304 warga asing," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Isnin.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas kira-kira RM49.16 juta dalam bentuk harta membabitkan kes berkaitan dadah.

"Ini adalah hasil usaha berterusan kami untuk memerangi jenayah itu," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, dalam kes terbaharu pada 13 April lalu, hasil maklumat Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) dan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pihak berkuasa menumpaskan satu lagi sindiket dadah antarabangsa didalangi dua lelaki Nigeria.

Beliau berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 31 dan 33 tahun itu dibuat Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di kawasan Taman Pusat Kepong, di sini, bersama tiga kotak besar dipercayai mengandungi syabu.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kotak itu menemui 47 beg galas dengan 10 daripadanya mengandungi syabu seberat 5.08kg dianggarkan bernilai RM400,000, disorokkan pada satu bahagian dalam beg berkenaan.

"Semakan ke atas suspek mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai pasport perjalanan sah dan seorang daripada mereka didapati positif dadah.

"Berdasarkan siasatan, dadah ini dibawa masuk dari China menggunakan kargo untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya.

Tags / Kata Kunci: dadah , PDRM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan