Dua Pekerja Kontrak Pembersihan Maut Hidu Gas Beracun

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 5:25 PM

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa dekat dasar saluran bawah tanah berkenaan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua pekerja kontrak pembersihan sebuah syarikat swasta maut akibat terhidu gas ketika melakukan kerja pembersihan kumbahan di pasar raya Angsana Mall di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Ilaala Che Aziz, 27, dan Mohamad Nur Syafiq Mohamad Naser, 27, meninggal di tempat kejadian.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa bersama penyelia bersiap untuk membersihkan saliran kecil loji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK). Mereka dilantik oleh Angsana Mall untuk membersihkan saluran di sekeliling Angsana Mall yang menghala ke saluran bawah tanah loji IWK.

"Didapati seorang mangsa telah masuk dahulu ke dalam saluran itu yang dianggarkan sedalam 20 kaki (enam meter) dengan cara menggelongsor ke bawah. Kemudian dia terus menjerit sesak nafas dan seorang lagi mangsa masuk ke dalam untuk memberi bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Tambah beliau, hasil bedah siasat yang dilakukan pada pukul 11 pagi tadi mengesahkan mangsa maut disebabkan lemas.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata kedua-dua mangsa ditemui tertindih antara satu sama lain di dasar saluran bawah tanah berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana menghidu gas beracun yang terdapat di bawah saluran bawah tanah berkenaan. Keadaan lubang saluran itu terlampau sempit dan kami berjaya membawa keluar mangsa pertama pada pukul 2.35 pagi manakala seorang lagi lima minit kemudian.

"Difahamkan, ketika kejadian terdapat empat orang pekerja. Mereka ke tempat kejadian untuk mengambil barang yang tertinggal di dalam saluran itu. Bagaimanapun Mohamad Nur Syafiq terjatuh dahulu manakala Mohamad Ilaala cuba untuk menyelamat tetapi tidak berjaya dan turut jatuh ke dasar saluran," katanya.

Beliau berkata anggotanya menaikkan kedua-dua mangsa menggunakan tali yang diikat pada badan mereka.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: maut , gas beracun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan