Bungkusan Misteri Bersama Nota Ugutan Bom Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 8:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke sebatang jalan dekat Perpustakaan Negara dan Wisma Bernama di sini selepas satu bungkusan misteri ditemui bersama nota ugutan bom.

Bungkusan yang dibalut dengan kain berserta nota ugutan serangan bom diletakkan berhampiran sebatang pokok di laluan pejalan kaki di Jalan 2/65A dekat Jalan Tun Razak.

Jurucakap bomba berkata mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.33 petang Isnin.

"Seorang kakitangan dari Wisma Bernama menghubungi kami dan kami pergi ke lokasi kejadian bersama jentera bomba. Kami menjumpai bungkusan itu bersama sekeping nota.

"Kami mengawasi lokasi itu dengan serta-merta dan menghubungi polis," katanya.

Kira-kira pukul 7.45 malam, skuad pemusnah bom dilihat berada di lokasi untuk melupuskan bungkusan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mendapati bungkusan kain batik itu hanya mengandungi sebotol minyak masak.

"Negatif (bukan bom)," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan