Dua Jururawat Parah Pacuan Empat Roda Terbalik - Berita Jenayah | mStar

Dua Jururawat Parah Pacuan Empat Roda Terbalik

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Dua jururawat di Hospital Sik cedera parah selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 70.4 Lebuhraya Utara Selatan di sini.

Empat lagi pegawai perubatan cedera ringan dalam kemalangan pada pukul 7.50 pagi Ahad.

Kenderaan yang dinaiki mereka menghala ke Hospital Sultanah Bahiyah hilang kawalan kerana tayar pecah.

Difahamkan, kedua jururawat terbabit mahu menjalani latihan di hospital.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.53 pagi.

Seramai lima anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

"Tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Hospital, dengan bantuan orang awam.

"Mangsa yang lain dihantar ke hospital menggunakan ambulans," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan