Dua Ditahan Buat Kenyataan Jelik, Akaun FB Palsu Kerabat Johor

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita secara berasingan di sini, kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan institusi Diraja Johor serta membuat akaun Facebook palsu dengan menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, petang Ahad.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai eksekutif operasi sebuah syarikat, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pada 5 petang.

Sementara, suspek wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dan dipercayai membuat akaun palsu, ditahan di lokasi sama antara 3 dan 4 petang.

"Pada 19 Januari dan 25 Mac lalu, Polis Johor menerima dua laporan masing-masing mengenai kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan institusi Diraja Johor serta satu akaun Facebook palsu yang digunakan untuk menyamar sebagai kerabat Diraja Johor.

"Sehubungan itu, dua kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut serta mengesan individu-individu yang dipercayai membuat kenyataan jelik dan Facebook palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini malam Ahad.

Wan Ahmad Najmuddin berkata bagi kes membuat kenyataan jelik, suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara, bagi kes menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau berkata pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan media sosial. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Facebook , kerabat Johor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan