Pil Kuda Bernilai RM3.6 Juta Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan dua lelaki dan merampas 180,000 pil kuda bernilai RM3.6 juta di sebuah rumah di Felda Sungkai, Muallim.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata sepasukan polis dari balai polis daerah Muallim melakukan serbuan kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

"Dua lelaki berusia 35 tahun bukan peneroka tetapi hanya tinggal di rumah tersebut. Seorang merupakan penyelia manakala seorang lagi peniaga.

"Pil yang dirampas itu seberat 20.3kg. Kami turut menjumpai 8.7g methamphetamine di rumahnya," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Hasnan berkata kedua-duanya didapati positif methamphetamine.

Jelas beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati dan mandatori.

"Kedua-dua lelaki itu akan direman sehingga 17 April ini.

"Kami akan menyiasat jika lebih ramai suspek terlibat dalam sindiket ini.

"Kami percaya dadah itu dari Malaysia tetapi negara jiran," katanya.

Tags / Kata Kunci: pil kuda , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan