PPM Tawau Rampas 500 Karton Rokok Seludup

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 4:55 PM

PPM Tawau menunjukkan sebahagian daripada 500 karton rokok putih jenama remium Gold dan rokok kretek Menara Dunia bernilai RM16,750 dari Indonesia selepas merampas rokok terbabit dalam satu operasi di laut Batu 4 Jalan Apas sekitar 4.10 pagi Rabu. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 500 karton rokok seludup dipercayai dari Indonesia bernilai RM16,750 dari sebuah bot laju di perairan Batu 4, dekat sini, Rabu.

Pegawai Pemerintahnya, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata anggota PPM yang menjalankan rondaan Op Paradise melihat sebuah bot dari Sungai Nyamuk, Indonesia menuju ke Tawau dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan pada pukul 4.10 pagi.

"Semasa Botronda Psc 6 hendak menghampiri, bot tersebut terus memecut laju dan dikejar selama 20 minit sebelum bot itu berjaya ditahan dalam keadaan bot terbalik serta kotak rokok hanyut di sekitar bot.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kotak didapati terdapat 50 karton rokok kretek Menara Dunia (RM1,000) serta 450 karton rokok Putih Premium Gold (RM15,750) yang cuba di seludup ke Tawau," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya, ketika operasi itu, seorang lelaki dipercayai juragan bot berkenaan tidak dapat ditahan ekoran air cetek dan berjaya melarikan diri dengan berenang ke tepi pantai.

Nazri berkata kes itu akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Rokok Seludup , Tawau , PPM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan