Paderi Raymond Dilarikan, Bukan Diculik - KPN

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo sejak Februari lepas sebagai kes dilarikan sekumpulan individu dan bukannya kes culik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata klasifikasi itu berdasarkan kehilangan mangsa tidak melibatkan tuntutan wang tebusan.

Justeru, Khalid meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan kehilangan pastor dan empat individu lagi sebagai kes penculikan.

Lima individu yang hilang itu selain Pastor Raymond Koh, 62, adalah pembantu Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa iaitu Peter Chong, 54, Aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis (Perlis Hope), Amri Che Mat, 43, serta Pastor Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth.

"Daripada lima individu itu hanya seorang sahaja mempunyai bukti dilarikan iaitu Pastor Koh manakala Peter Chong dikesan melarikan diri ke Thailand melalui sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah pada kira-kira 6.30 pagi Jumaat lepas," katanya.

"Selain itu, kami mendapati tiga individu yang didakwa diculik masih kekal berstatus OH (Orang Hilang) dan tidak mempunyai sebarang bukti mereka diculik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan PDRM peringkat Bukit Aman di sini, Rabu.

Mengenai Peter Chong, Khalid berkata polis memperoleh gambar Peter Chong daripada pihak Imigresen Bukit Kayu Hitam mendapati dia telah melintasi sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand menaiki bas ke sana.

"Saya tidak pasti apa niat dan tujuan dia (Peter Chong) melarikan diri ke sana (Thailand) yang kononnya dia telah diculik dan menjadi tular di media sosial.

"Saya beri amaran kepada orang awam jangan cuba mengelirukan kes ini yang menimbulkan keresahan serta menggembar-gemburkan kisah ini seolah-olah Peter Chong juga diculik," katanya.

Khalid berkata polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan Peter Chong di negara itu.

Tags / Kata Kunci: Raymond , Khalid

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan