Wanita Ditahan Buat Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan Selasa malam selepas memuat naik satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan institusi diraja Johor melalui aplikasi Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata polis Johor  menerima satu laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari, 9 April lepas.

"Bertindak daripada laporan tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu dipercayai memuat naik kenyataan jelik berkenaan.

"Hasilnya, pada 11.30 malam tadi, polis menahan seorang wanita berumur 48 tahun, di Brickfields, Kuala Lumpur dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik tersebut," katanya menerusi kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata wanita terbabit yang merupakan seorang ahli perniagaan kini direman sehingga 14 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman sosial dengan mengeluarkan kenyataan palsu, menyakitkan hati, menganiaya, mengugut serta mengganggu orang lain.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , Facebook

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan