Lelaki Jual Senjata Api Ditahan Di Sandakan

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 5:14 PM

Mohd Azhar (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas daripada suspek semasa sidang media di Sandakan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai peniaga senjata api secara haram ditahan ketika cuba menjual sepucuk pistol di Sandakan.

Polis menahan lelaki berusia 33 tahun itu ketika dia didakwa sedang berunding dalam urus niaga penjualan pistol kira-kira pukul 3.30 petang.

Sepucuk pistol jenis Armscor 45 berwarna kelabu bersama enam butir peluru turut dirampas.

"Siasatan lanjut memberi petunjuk kepada kami untuk menjalankan serbuan di rumah suspek di mana kami menemui beberapa peluru lain dan menahan dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun," kata Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin pada Selasa.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan turut didapati positif dadah.

Mereka antara 10 penagih dadah dan penjenayah yang ditahan di Sandakan beberapa minggu lalu.

Mohd Azhar berkata tujuh suspek lain dipercayai terlibat dalam pelbagai kes rompakan dan pecah rumah.

Kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan polis.

Tags / Kata Kunci: peniaga senjata api , Sandakan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan