Awas 'Jururawat' Pencuri Di Ayer Itam, Yong Peng

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 11:52 AM

Abdul Wahib Musa

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Dua wanita dilaporkan menyamar sebagai jururawat bagi menjalani kegiatan mencuri di Ayer Hitam dan Yong Peng.

Salah seorang daripada suspek wanita itu sedang mengandung.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kedua-dua suspek berpakaian seragam jururawat berwarna merah jambu dan putih dan mendakwa diri mereka daripada Jabatan Kesihatan Batu Pahat.

Beliau berkata, mereka bergerak dengan menaiki sebuah kereta Perodua Axia berwarna perak dan mendekati rumah yang disasarkan dengan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mangsa.

"Mereka akan menyuruh mangsa membuka semua barang kemas dan barang-barang berharga kononnya bagi melancarkan prosedur pemeriksaan kesihatan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ACP Abdul Wahib berkata, salah seorang suspek bertindak mencari barang-barang berharga manakala seorang lagi memeriksa kesihatan mangsa.

Selepas itu, suspek akan memberitahu hendak mengambil peralatan kesihatan di kereta, sebelum melarikan diri dengan barang-barang yang dicuri.

Tags / Kata Kunci: Jururawat palsu , pencuri , menyamar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan