Pelajar Kolej Ditahan Kes Buang Bayi

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun ditahan susulan penemuan mayat bayi perempuan di dalam tong sampah di sebuah apartment di Samajaya di sini.

Suspek wanita itu yang merupakan pelajar diploma tahun tiga dari Belaga ditahan polis di salah sebuah unit apartment tersebut pada pukul 12.30 tengah hari Selasa, sejurus selepas mayat bayi itu ditemukan oleh seorang pencuci.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pencuci berkenaan menemui kotak merah di dalam tong sampah pada kira-kira pukul 10 pagi, dan terkejut apabila menyedari di dalamnya adalah mayat bayi yang baharu lahir.

"Dia (pencuci) segera memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan apartment yang kemundiannya menghubungi polis. Siasatan mendapati bayi itu dilahirkan pada kira-kira pukul 6.30 pagi yang sama di dalam sebuah bilik mandi unit apartment berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Polis pada awalnya menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan melupuskan mayat.

"Jika kita mempunyai bukti bahawa bayi tersebut masih hidup semasa dibuang, kita akan mengesyorkan suspek didakwa kerana membunuh," kata Dev Kumar.

Beliau menambah, ia merupakan kes buang bayi yang pertama dilaporkan kepada polis di Sarawak tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan