Polis Perak Tumpas Kegiatan Edar Dadah, Sepasang Kekasih Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 3:42 PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP V.R. Ravichandran (dua, kanan) bersama para pegawainya memeriksa dadah jenis heroin yang dirampas di tepi jalan, Taman Intan Parit Buntar pada 6 April lalu ketika sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Isnin.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Kerian dengan penahanan sepasang kekasih serta merampas dadah jenis heroin bernilai RM90,500 di Taman Intan, Parit Buntar, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran berkata, pasangan kekasih berumur 36 dan 34 tahun itu ditahan di tepi jalan di taman berkenaan pada kira-kira 10.30 malam.

"Sepasukan pegawai dan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Narkotik Kerian telah menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai petani dan seorang wanita tidak bekerja itu di tepi jalan di dalam sebuah kereta Proton Waja disyaki sedang membuat urusan mengedar dadah.

"Polis turut menemukan lapan bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 3,620 gram," katanya pada sidang media di IPK Perak, di sini, Isnin.

Beliau berkata hasil semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

"Pihak kami telah memerhati pergerakan mereka ini sejak dua bulan lepas dan kami percaya dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 3,000 orang penagih dadah di sekitar kawasan Kerian," katanya.

Ravi Chandran berkata pasangan kekasih itu direman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata JSJN Perak berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang mempunyai nilai keseluruhan RM2 juta sepanjang Januari hingga 31 Mac lepas.

"Seramai 2,640 pesalah atas berbagai kesalahan dadah berjaya ditahan membabitkan tangkapan 2,538 warga tempatan dan 102 warga asing.

"Daripada jumlah itu, seramai 553 orang adalah pembekal, 1,339 orang memiliki dadah dan 748 orang didapati positif urin," katanya.

Menurut beliau, polis telah merampas 26.64 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 78.46 gram dadah ketamin, 1,442 biji pil Erimin 5, 93 biji pil ekstasi, Mitragynine (442.14kg), heroin (9.97kg) dan dadah jenis ganja sebanyak 619.96 gram. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Parit Buntar , ketamin

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan