Pemegang Akaun FB Ditahan Fitnah Polis Kuching

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis menahan seorang pemegang akaun Facebook di sini awal pagi Ahad kerana dikatakan memfitnah dan menghina polis Bandandaraya Kuching dalam catatannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuching, Datuk Dev Kumar berkata lelaki itu, kakitangan kontrak Dewan Bandaraya Kuching Utara ditahan kira-kira rumah 1 tengah hari di rumahnya.

Sebuah telefon bimbit dirampas daripada suspek berusia 37 tahun itu yang direman sehingga Khamis untuk membantu siasaatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak datang ke Stadium Perpaduan Sarawak atau menghadapi risiko disaman oleh polis trafik.

Stadium tersebut ialah venue bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung sekarang.Pada 10.15 malam pada Sabtu, polis menerima laporan yang dibuat terhadap suspek yang menggunakan nama "Amirul Esok".

"Siasatan menunjukkan suspek sebelumnya telah disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu dekat stadium dan ini menyebabkan dia berasa marah," kata Dev dalam satu kenyataan.

Kes itu disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Setakat ini, 20 orang di negeri ini telah ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam talian, kata beliau.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: FB , Kuching , Dev Kumar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan