Pelajar Sekolah Menengah Maut, Leher Tersangkut Kabel Elektrik

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH:Seorang pelajar sekolah menengah maut apabila kabel  elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika sedang membonceng sebuah motosikal, di Kilometer 5, Jalan Bota Kiri-Tanjung Blanja, kira-kira 70 kilometer dari sini, Ahad petang.

Nurul Huda Ashira Abdullah, 16, beralamat dari Bota Kanan, maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superitendan Zainal Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa menaiki motosikal jenis Honda Ex5 yang ditunggangi rakan perempuannya berusia 15 tahun, dalam perjalanan dari arah Parit menghala ke Bota.

"Setibanya di tempat kejadian yang ketika itu hujan lebat, tiba-tiba kabel tiang elektrik di sebelah kiri jalan telah terjatuh.

Penunggang motosikal berkenaan cuba mengelak tetapi kabel tersebut tersangkut di leher mangsa yang duduk di belakang," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Zainal berkata penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bota , Honda Ex5

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan