Buaya 3.7 Meter Ditangkap Di Sibuti

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFRC) berjaya menangkap seekor buaya dekat Kampung Rancah Rancah, Sibuti, kira-kira 70 km dari Miri pada Sabtu.

SFC berkata pasukan SWAT menyifatkan buaya jantan sepanjang 12 kaki (3.7 meter) itu sebagai reptilia terbesar pernah ditangkap di bahagian Miri tahun ini.

Pasukan SWAT dihantar ke Sibuti selepas menerima laporan bahawa seekor buaya telah membaham haiwan ternakan penduduk kampung pada Januari, bagaimanapun operasi itu ditangguhkan untuk sementara.

"Hanya dalam operasi kedua pada 27 Feb, pasukan SWAT berjaya menangkap reptilia tersebut," kata SFC dalam satu kenyataan di sini pada Ahad seperti dilaporkan Bernama.

SFC menasihat penduduk supaya berwaspada apabila menyusuri sungai dan melaporkan jika melihat kelibat buaya liar kepada Jabatan Perhutanan atau pejabat SFC yang terdekat.

Tags / Kata Kunci: Buaya

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan