Mayat Lelaki Mati Dibunuh Di Belakang Kuil

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 9:34 AM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah kuil di Bandar Baru Kundang, Rawang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mayat mangsa berusia 39 tahun tanpa pakaian itu pada pukul 2 petang.

"Hasil siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada pergelangan kaki dan tangan kanan selain di bahagian muka mangsa. Kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 12 jam sebelum mayat ditemui," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Mayat lelaki , mati dibunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan