Mangsa Lemas Sungai Pahang Ditemukan

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 12:19 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Mayat seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Pahang selepas terkejut dengan kehadiran pihak polis, Isnin lepas,  ditemui di sungai berhampiran tanah perkuburan Kampung Ketapang, di sini, malam Khamis.

Mayat Ahmad Shaifullah Abdul Rahman, 33, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadi pada 11.30 malam oleh adiknya, Ahmad Jauhari, 25, yang melakukan pencarian bersama tiga lagi rakannya dengan menaiki dua buah bot.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata, adiknya menemui mayat abangnya dalam keadaan terapung di sungai berkenaan dengan jarak kira-kira 50 meter dari ebing sungai.

"Adik mangsa dan rakannya kemudian bergegas mengangkat mayat berkenaan dan mengesahkan ia adalah abangnya yang dilaporkan hilang selepas membuat pengecaman.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pekan bagi bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati lemas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

"Tiada kesan unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa dan jenazah telah pun dituntut oleh ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya di tebing Sungai Pahang berhampiran Kampung Pulau Enjin dilaporkan telah terjun ke sungai berkenaan setelah terkejut dengan kehadiran polis yang melakukan rondaan di kawasan itu.

Mereka kemudian dilaporkan berenang kira-kira 200 meter ke tengah sungai, sebelum mangsa dilaporkan lemas manakala rakannya berjaya berenang ke tebing.

Tags / Kata Kunci: Lemas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan