Polis Tahan Lima Adik-Beradik Berkaitan Kes Bunuh Wanita Transgender

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 7:04 PM

Mangsa, Sameera Krishnan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima adik-beradik  berusia antara 19 dan 30 tahun ditahan pihak polis pada Khamis berkaitan dengan pembunuhan seorang wanita transgender berusia 26 tahun di Kuantan baru-baru ini.

Kesemua suspek ditahan di kediaman mereka di Taman Eng Ann, Klang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk membantu siasatan.

Pada Jumaat, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka.

Kelima-lima adik-beradik itu dilaporkan mempunyai rekod jenayah.

Menurut sumber polis, dijangka lebih ramai lagi akan ditahan berhubung pembunuhan Sameera Krishnan di Kuantan pada 23 Februari lalu.

Sameera ditemui mati dengan kesan tembakan di Jalan Pasar, Kuantan, selepas keluar untuk membeli makanan.

Mangsa merupakan saksi utama dalam kes penculikannya sendiri yang berlaku pada tahun 2015.

Dalam kejadian dua tahun lalu, Sameera diculik, diseksa dan telah diselamatkan oleh pihak polis apabila kereta orang yang menculiknya terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Rasau.

Berikutan kejadian tersebut, dua telah lelaki ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tags / Kata Kunci: Sameera Krishnan , bunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan