Kastam Rampas 'Dadah Dhaka' Bernilai RM1.09 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 5:45 PM

PEMANGKU Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Ibu Pejabat Kastam, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Datuk Zulkifli Yahya (tengah) menunjukkan rampasan 15.56kg dadah jenis syabu bernilai RM1.09 juta yang disorok dalam bungkusan pakaian di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Rabu lalu, pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM pada 7 April 2017. -BERNAM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis methamphetamine seberat 15.56 kilogram bernilai RM1.09 juta yang  dihantar dari Dhaka, Bangladesh dan menahan tiga lelaki warga India pada Rabu lepas.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata dadah itu ditemukan disorokkan dalam tujuh kotak pakaian kemeja T dalam serbuan di sebuah kediaman di Bandar Bukit Tinggi, Klang,  Selangor.

Katanya susulan penemuan dadah berkenaan dalam serbuan pada 1.20 tengah hari hasil makluman awam itu, tiga lelaki warganegara India berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan pada hari yang sama.

"Siasatan awal mendapati konsainmen ini telah dihantar dari Dhaka, Bangladesh ke negara ini melalui kargo KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan daripada situ, konsainmen itu dihantar dengan lori kepada penerima di Bandar Bukit Tinggi Klang," katanya dalam sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di sini, Jumaat.

Beliau beliau berkata ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula 5 April lepas bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ditanya sama ada dadah tersebut untuk pasaran tempatan atau transit, Zulkifli berkata ia masih dalam siasatan.

Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat penyeludupan dan lain-lain maklumat berkaitan dadah kepada JKDM menerusi talian bebas tol JKDM 1-800-88-8855 atau Pejabat Cawangan Narkotik di talian O6- 7917587/7792/7987 atau mana-mana pejabat JKDM. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kastam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan