Polis Tahan Jururawat Bersama Bekas Tunang

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 2:37 PM

Wan Ahmad Najmuddin Mohd

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dikatakan diculik, baru-baru ini, bersama seorang lelaki yang dipercayai bekas tunangnya pada Rabu.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita dan lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Alor Setar, Kedah selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat bapa jururawat itu, hujung bulan lepas.

"Pada 31 Mac lepas, bapa jururawat itu ada membuat laporan polis yang menyatakan anak perempuannya itu melarikan diri sehari sebelum itu (30 Mac)," katanya menerusi kenyataan di sini pada Khamis.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pesanan ringkas berkenaan kehilangan jururawat itu kemudian turut menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp yang menyatakan bahawa jururawat itu telah diculik dan diugut bunuh.

Beliau berkata menerusi temu bual awal terhadap jururawat itu semalam, jururawat tersebut mengaku dia telah bertindak keluar dari rumah bersama lelaki tersebut secara rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak untuk mengikut lelaki itu berkahwin di Thailand. 

Wan Ahmad Najmuddin berkata jururawat itu turut memberitahu dia tinggal dirumah ibu angkat lelaki itu di Pendang, Kedah sejak 30 Mac lepas.

"Jururawat dan lelaki itu telah berkahwin di Thailand pada Isnin lepas (3 April) dan dia turut menyatakan bahawa tiada kejadian culik dan ugutan bunuh sepanjang tempoh bersama lelaki itu," katanya.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 363dan 342 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan pengurungan salah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Culik , Ugut Bunuh , Jururwat , bekas tunang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan