Pemandu Maut, Bas Rempuh Treler Berhenti Di Tepi Jalan - Berita Jenayah | mStar

Pemandu Maut, Bas Rempuh Treler Berhenti Di Tepi Jalan

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemandu bas ekspres maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan di Lipis.

Bas dua tingkat yang membawa 39 penumpang itu merempuh sebuah treler yang berhenti dekat Kampung Kubang Rusa, Jalan Lipis-Merapoh pada awal pagi Khamis.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.32 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 3.21 pagi.

Pemandu bas meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kedua dan dua penumpang wanita cedera.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis memberitahu mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang di Kelantan untuk menerima rawatan.

Mayat pemandu bas dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan