Tuntutan Palsu: Anak Tan Sri Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak lelaki kepada Tan Sri yang ditahan sebelum ini berhubung kes tuntutan palsu.

Anak lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Johor Bahru, dan berdasarkan siasatan awal menunjukkan suspek turut terlibat dalam kes berkenaan.

Tan Sri yang merupakan bekas naib presiden MIC bersama anaknya akan direman pada Khamis.

Bekas ahli politik itu ditahan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta bagi kerja-kerja pemulihan sungai yang dilakukan Jabatan Pe­ngairan dan Saliran (JPS).

Individu tersebut didakwa mengemukakan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube.

Bagaimanapun, pembekalan sebenar yang dibuat hanya sebanyak 89 unit geotube, menelan kos sekitar RM4 juta.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan