Lelaki Lemas Kereta Dipandu Terjunam Ke Dalam Parit

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut manakala isteri serta dua anaknya cedera apabila kereta Perodua Kenari dinaiki mereka terjunam ke dalam parit besar di Jalan Bestari 8/3, Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, di sini, awal pagi  Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superitendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan berlaku kira-kira 1 pagi tadi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Bestari 17/3, taman perumahan yang sama.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Syamsuddin Ab Samad, 40, gagal mengawal kenderaan dipandunya apabila tiba di selekoh Jalan Bestari 8/3, lalu terbabas ke kiri jalan, melanggar pagar dan terjunam ke dalam parit besar dalam kedudukan keempat-empat tayar ke atas," katanya menerusi kenyataan di sini, Rabu.

Jokhiri berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba Johor Jaya yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan isteri Syamsuddin iaitu Arbayah Jais, 30, serta dua anak mereka, Muhammad Haikal, 12, dan Noraisyah Dania, 9, daripada kereta berkenaan.

Beliau berkata usaha membawa keluar Syamsuddin pula mengalami sedikit kesukaran kerana kedudukannya yang tersepit dan air parit memenuhi ruang kenderaan.

Katanya, Syamsuddin yang merupakan pekerja kilang kemudian berjaya dikeluarkan daripada kenderaan tersebut, namun, disahkan meninggal dunia akibat lemas.

"Arbayah yang merupakan suri rumah dan duduk di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala Muhammad Haikal dan Noraisyah Dania yang berada di tempat duduk belakang masing-masing mengalami luka di dahi dan dagu," katanya.

Menurut Jokhiri, kemalangan terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ulu Tiram , Jokhiri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan