Dua Ahli Geng Mamak Tumpas

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 12:34 PM

Antara barangan yang dirampas daripada dua ahli Geng Mamak di Ipoh.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua suspek anggota Geng Mamak ditembak mati di Changkat Kinding, Tanah Hitam pada Selasa malam.

Suspek dikenali sebagai Misai dan Ganesh dilaporkan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang menjalankan rondaan, selain cuba mencederakannya dengan parang sebelum anggota polis itu membalas tembakan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Datuk Hasnan Hassan, sebelum itu, kedua-dua suspek dikejar anggota polis dari jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam sejauh tujuh kilometer pada pukul 9.30 malam.

Katanya, suspek yang memandu Toyota Vios kelabu yang dicuri tidak membawa sebarang kad pengenalan diri.

"Mereka menggunakan nombor plat dan cukai jalan palsu pada kenderaan terlibat," katanya.

Sehingga Mac, polis menerima 28 kes melibatkan kumpulan samseng itu hingga mendorong pihak Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk membanteras kegiatan mereka.

Kata Hasnan, pasukan tindakan khas itu diketuai Bahagian Jenayah Serius Bukit Aman (D9) bersama pasukan dari Perak dan Pulau Pinang.

"Suspek disyaki terlibat dalam rompakan termasuk kereta mewah dan kegiatan jenayah di enam negeri yang mengakibatkan kerugian mencecah RM1.9 juta," katanya pada sidang media di ibu pejabat Kontinjen Perak di sini, Rabu.

Tags / Kata Kunci: Geng Mamak , Hasnan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan