Empat Pelajar Ditahan Baling Batu Di Lebuh Raya - Berita Jenayah | mStar

Empat Pelajar Ditahan Baling Batu Di Lebuh Raya

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis menahan empat remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai terlibat dalam perbuatan membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kira-kira pukul 4 petang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, tindakan kumpulan remaja terbabit disedari orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak peronda PLUS.

"Perbuatan itu dikesan dilakukan oleh suspek di Kilometer 96.2 lebuh raya berkenaan sebelum ditahan pihak peronda PLUS dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Siasatan mendapati keempat-empat suspek masih bersekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Bagaimanapun, katanya sehingga pagi ini, polis masih belum menerima laporan daripada mangsa yang kenderaannya terkena batu yang dibaling suspek.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PLUS , Zukir Md Isa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan