Polis Rampas 87Kg Daun Ketum

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran daun ketum dan ubat batuk secara haram di pulau peranginan itu selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Patani di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata hasil tangkapan lelaki berusia 43 tahun itu, polis merampas 87kg daun ketum bernilai RM3,480, 2,537 botol ubat batuk bernilai RM2,933 serta wang tunai RM12,285.

"Ini merupakan rampasan terbesar daun ketum dan ubat batuk di Langkawi tahun ini dan kami berterima kasih kepada masyarakat di Ulu Melaka yang telah memberikan maklumat awal tentang kegiatan ini," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Menurutnya, ekoran makluman awal penduduk kampung itu, polis menjalankan intipan selama dua minggu sebelum melakukan serbuan dan memberkas suspek berkenaan yang didapati ujian saringan awal positif dadah.

Ghazali berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM4,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Katanya, kejayaan ini merupakan sebahagian daripada pencapaian program Jihad Perangi Dadah yang telah dilancarkan dua tahun lepas.

"Sejak bermulanya program ini, Langkawi telah menunjukkan trend menurun dari segi tangkapan dan rampasan dadah jenis heroin dan ganja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Bukit Malut yang sebelum ini dianggap sarang pengedar dan penagih dadah di pulau ini akan diisytiharkan sebagai bebas dari kegiatan itu pada 19 April ini.

"Usaha membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan ini merupakan salah satu daripada KPI (Indeks Prestasi Utama) yang telah kami tetapkan semasa pelancaran Jihad Perangi Dadah sebelum ini," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: daun ketum , Langkawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan