Tujuh Dipercayai Tertimbus Tanah Runtuh Di Keningau

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak hilang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh di Kampung Sungai Labau, Sook dekat sini tengah hari Sabtu.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Keningau dan Tenom Staf Muda Bakri Isin mangsa yang hilang merupakan dua remaja perempuan masing-masing berumur 17 tahun, dua remaja lelaki masing-masing 13 tahun dan tiga kanak-kanak masing-masing 8 tahun, kesemuanya dipercayai rakyat Filipina.

Beliau berkata Skuad Alpha APM Keningau menerima panggilan daripada Balai Polis Keningau memohon bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, polis menerima aduan daripada pengurus sebuah ladang kelapa sawit di kampung itu yang mengatakan tanah runtuh itu berlaku kira-kira 12.19 tengah hari dan turut menghempap rumah pekerja ladang kelapa sawit berkenaan.

"Rentetan daripada panggilan (Balai Polis Keningau) itu, anggota APM Keningau yang bertugas bergegas ke lokasi kejadian.

"Pada awalnya, pengadu mengatakan terdapat 11 orang hilang. Tetapi setibanya anggota APM di lokasi, pengadu memaklumkan empat mangsa (daripada 11) berjaya diselamatkan," katanya.

Bakri berkata sebuah jambatan yang menjadi penghubung jalan ke lokasi kejadian mengalami kerosakan dan laluan alternatif sedang dikenal pasti.

Turut menyertai operasi itu ialah empat anggota dari Balai Polis Kinabatangan dan dua pegawai serta lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tongod dan Telupid Staf Muda Adrian Dauli berkata pihaknya turut memantau kes tersebut memandangkan tempat kejadian berhampiran dengan Sungai Milian dalam daerah Tongod.

"Kami telah menggerakkan logistik dan aset APM Tongod dan Telupid dengan lima anggota kira-kira 10.30 pagi tadi untuk memberi kekuatan tambahan kepada operasi itu," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tanah runtuh , Keningau

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan