Kemalangan Tanjung Malim: Polis Tahan Pemandu Treler

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 10:19 PM

Enam maut selepas MPV yang mereka naiki dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim pagi Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi Ahad yang mengakibatkan enam sekeluarga maut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pemandu  berusia 27 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu treler berkenaan didapati negatif.

"Polis turut melakukan ujian darah bagi mengesan dadah dan alkohol, keputusan akan diketahui selepas dihantar ke Jabatan Kimia," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata hasil pemeriksaan turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai lapan rekod lampau melibatkan kesalahan lalu lintas.

"Semakan mendapati pemandu ini mempunyai rekod lampau kesalahan iaitu dua kali pernah terlibat dalam kemalangan selain pernah dikenakan enam saman melibatkan kesalahan tiada lesen, membawa kenderaan tanpa insurans dan tiada cukai jalan," katanya.

Supramaniam berkata hasil semakan melalui rekod jenayah pula mendapati pemandu terbabit pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Lam Wai Loon, 46, dan isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, terbunuh di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.Nahas berlaku apabila treler membawa muatan tanah yang menghala ke utara, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan sama. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Tanjung Malim

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan