Remaja 16 Tahun Mati Lemas Di Tanjung Bidara

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Hasrat seorang remaja berusia 16 tahun menyambut Hari Keluarga di pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah berakhir tragedi apabila ditemukan mati lemas tengah hari Ahad.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka mangsa, Muhammad Hamdani Mohd Asri dijumpai anggota pasukan penyelamat dan orang awam kira-kira 20 meter dari pesisir pantai pada 12.30 tengah hari.

"APM menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Melaka Tengah pada 10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 11.15 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh pengunjung resort di pantai berkenaan iaitu abang kepada mangsa, Redzuan Ariff, 24, yang ditemui pada 11 pagi dan terus dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan lanjut.

Kenyataan itu menyebut operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba dengan bantuan agensi penguat kuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APM dan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah AlorGajah Superintendan A. Asmadi Abd Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: lemas , Tanjung Bidara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan