Pil Kuda RM4.7 Juta Dirampas Di Rantau Panjang

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 2:06 PM

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad (dua,kiri) bersama para pegawai menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7 juta di sebuah rumah yang dijadikan pangkalan haram dekat sempadan Kelantan-Thailand, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, rampasan 474,000 biji pil kuda itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di kawasan pangkalan haram di pinggir Sungai Golok itu pada 7.15 malam.

"Seorang lelaki iaitu pembawa bot penambang dilihat memunggah kotak ke sebuah rumah tidak berpenghuni di tebing Sungai Golok.

"Sepasukan anggota PGA itu kemudiannya bertindak menyerbu ke dalam rumah dan menemui dadah yang diisi dalam tiga guni," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Sabtu.

Din berkata lelaki tempatan berusia 51 tahun yang ditahan itu mendakwa dia hanya mengambil upah mengangkut dadah terbabit.

Katanya lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai Khamis lepas untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata rampasan tersebut adalah yang terbesar dilakukan oleh polis Kelantan setakat ini pada tahun ini.

"Kita akan menyiasat lebih lanjut bagi mengenal pasti dalang utama sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh suspek yang dia hanya pembawa dadah itu," katanya.

Beliau berkata berdasarkan jumlah dadah yang banyak itu, kemungkinan pasaran dadah adalah di Kelantan dan negeri lain termasuk Terengganu. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: pil kuda , Rantau Panjang

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan