Sogok Sultan Johor: SPRM Tahan Lelaki Bergelar Tan Sri

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menyerah diri susulan tawaran sogokan RM2 juta terhadap Sultan Johor adalah individu bergelar Tan Sri yang dikenali ramai.

Usahawan berpangkalan di Klang itu dikatakan telah menghadap Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan menawarkan sejumlah wang itu bagi mendapatkan sokongan penganugerahan darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang layak menganugerahkan gelaran Tun dan Tan Sri selaras kedudukannya sebagai darjah tertinggi negara.

Sumber berkata, Sultan Johor rasa terhina dengan tindakan lelaki berkenaan.

"Baginda Sultan Johor dikenali sebagai seorang yang berpendirian tegas, bukannya sewenang-wenangnya mengaugerahkan darjah kebesaran kepada individu yang tidak mempunyai rekod perkhidmatan yang baik kepada negara atau negeri," tambah sumber itu.

Kata sumber itu lagi, baginda mahu memastikan nilai darjah kebesaran yang dianugerahkan istana dilindungi sebaik mungkin.

Sultan Johor menerusi temubual bersama The Star, berkata ketika ini, terlalu ramai yang bergelar Datuk di negara ini.

Menurut sumber itu lagi, lelaki yang ditahan SPRM itu terlalu berkeinginan untuk mendapat gelaran hingga memperkenalkan dirinya sebagai "Tan Sri Datuk Dr".

SPRM telah memaklumkan bahawa lelaki terlibat sebagai botak dan berbangsa Cina.

Difahamkan SPRM akan menyiasat dakwaan bahawa individu itu adalah seorang broker untuk pingat kebesaran, selain meneliti sumber pendapatan ahli perniagaan itu.

"Dia perlu menjelaskan sumber kewangannya selain perniagaan yang dijalankan," kata sumber itu.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan SPRM ketika tampil ke pejabat suruhanjaya itu beberapa jam selepas diberi masa hingga tengah malam Khamis.

Dia menyerah diri pada kira-kira pukul 2 petang, Khamis dan hadir bersama peguamnya.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah disoal siasat dan akan direman pada Jumaat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan lelaki itu telah menyerah diri.







Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan