Polis Tembak Mati Penjenayah Paling Dikehendaki Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 5:47 PM

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din (dua, kanan) menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas dalam serbuan ke atas rumah teres dekat Taman Sri Gayang Tuaran, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menembak mati seorang lelaki, yang juga penjenayah paling dikehendaki, dalam satu insiden tembak menembak dan merampas 3.7 kilogram dadah dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM300,000 di Taman Sri Gayang, Tuaran dekat sini, malam Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata berikutan satu kes samun di Keningau pada 17 Mac lepas melibatkan kerugian kira-kira RM500,000, pihaknya  menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan.

"Hasil siasatan, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di taman perumahan berkenaan kira-kira 7 malam tadi. Semasa serbuan, polis memperkenalkan diri sebelum suspek yang berada di dalam rumah tiba-tiba melepaskan tembakan.

"Bagi mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan beberapa tembakan mengenai badan suspek yang kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah di sini, Jumaat.

Ramli berkata hasil pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan, polis menemui sepucuk pistol bersama empat butir peluru dan tujuh kelongsong serta dua paket plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 3.7 kilogram.

"Turut dirampas dalam serbuan itu ialah pelbagai peralatan untuk aktiviti penjualan dadah dan peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun dan pecah rumah termasuk tukul dan pembelah besi," katanya.

Ramli berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati suspek yang berumur 37 tahun mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan dan pecah rumah.

"Suspek dipercayai terlibat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, selain aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah sejak 2015.

"Suspek juga dipercayai menjadi dalang utama dalam kejadian samun sebuah rumah di Keningau pada 17 Mac lepas bersama tiga lagi suspek lain yang masih bebas," katanya.

Ramli berkata semasa kejadian samun itu, suspek bersama tiga lagi individu lain telah menyamun sebuah rumah dan bertindak mengikat serta menutup mulut pembantu rumah, sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.

Susulan kes itu, beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan dua individu yang dikenali sebagai Hiew Yun Fong dan Kevin, bagi membantu siasatan kes berkenaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: penjenayah , Datuk Ramli Din

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan