Imigresen Tumpas Sindiket Pemalsuan Dokumen Didalangi Warga Asing

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 3:30 PM

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali menunjukkan pasport dan Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) palsu ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga asing didalangi warga Myanmar dikenali sebagai 'Dr Harun' yang beroperasi di negara ini hampir tiga tahun.

Ini susulan penahanan lapan warga asing yang mempunyai kaitan dengan sindiket itu iaitu enam warga Bangladesh, seorang warga Pakistan dan "Dr Harun' di beberapa lokasi antara 9 Mac dan 23 Mac lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata sindiket itu mempergunakan agensi pelancongan yang beroperasi di dalam sebuah restoran makanan Bangladesh di Jalan Tun Tan Siew Sin Kuala Lumpur untuk mengaburi kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa.

Kegiatan pemalsuan dokumen mereka antaranya melibatkan Kad Sementara Pekerja Asing (E-kad), Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), pasport, lesen memandu Malaysia dan Sijil Syarikat Malaysia (SSM), katanya.

"Harga yang dikenakan bagi pengeluaran dokumen itu adalah mengikut jenis kad iaitu di antara RM500 hingga RM3,000," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Katanya sindiket itu dipercayai menggunakan ejen yang terdiri daripada warga asing untuk menarik pelanggan dan beroperasi di Lembah Klang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Mustafar berkata dalam beberapa serbuan dijalankan itu, pihaknya merampas beberapa peralatan untuk memproses dokumen tersebut antaranya komputer peribadi, mesin pencetak, mesin laminar, serta pemacu USB yang mengandungi templat dokumen yang ingin dipalsukan.

"Peralatan yang digunakan sangat canggih sehinggakan hampir menyamai dokumen asli. Namun sistem biometrik (yang digunakan di Malaysia) mampu mengesan kesahihan dokumen berkenaan," katanya.

Beliau berkata dalang sindiket itu digelar 'Dr Harun' kerana memiliki makmal pemalsuan dokumen di pangasapurinya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mustafar berkata setakat ini hanya 35,000 kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) telah dikeluarkan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Kita menyasarkan 400,000 hingga 600,000 Pati akan mengambil peluang berdaftar dalam program ini yang akan ditutup permohonan sehingga 30 Jun depan.

"Oleh itu, saya menggesa pihak majikan untuk tidak berlengah bagi mendaftarkan pekerja Pati mereka kerana pihak Imigresen akan terus membuat operasi mengesan Pati yang bekerja secara haram di negara ini," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mustafar Ali , Imigresen , Dr Harun

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan