Dua Penuntut Universiti Hilang Di Broga Ditemui Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Dua rakan kampus Universiti Nottingham, Semenyih yang hilang ketika mendaki Bukit Broga telah berjaya diselamatkan awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kedua-dua mangsa, Nyamu Wanyolke, 20, dan Katie Clubb, 19, ditemui satu kilometer dari puncak bukit, kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Kita menemui mangsa di sebuah bekas pondok yang dibina oleh kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem),” katanya.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat telah memberi rawatan pemeriksaan awal.

“Kedua-dua mangsa lemah, namun tidak cedera, kita juga telah memberi mereka makanan untuk memastikan keadaan mereka baik, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Katanya, mangsa lelaki warga Kenya dan wanita rakyat  Britain yang dilaporkan hilang lebih sehari itu mula mendaki bukit berkenaan pada petang Rabu.

Polis menerima laporan kehilangan mangsa kira-kira jam 7.45 malam, sebelum operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam ditugaskan untuk mencari mangsa.


Tags / Kata Kunci: Broga , Universiti Nottingham

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan