Empat Cedera Bot Langgar Beting Pasir Di Pangkor - Berita Jenayah | mStar

Empat Cedera Bot Langgar Beting Pasir Di Pangkor

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 10:12 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Empat pelancong cedera selepas bot dinaiki mereka melanggar beting pasir berhampiran Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Khamis malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata kejadian berlaku kira-kira 11.10 malam ketika kumpulan sembilan pelancong merangkumi tiga warga Korea Selatan dan enam rakyat tempatan itu dibawa bersiar-siar di perairan sekitar pulau.

"Bot kemudian tiba-tiba melanggar beting pasir sehingga menyebabkan empat pelancong iaitu seorang warga Korea dan tiga rakyat tempatan cedera manakala lima yang lain selamat," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat Pangkor menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai insiden itu kira-kira 11.20 malam.

Pasukan yang digegaskan ke lokasi mendapati bot pelancong itu mengalami kerosakan sebelum membawa semua penumpang ke pesisir pantai dan menyerahkan mereka kepada petugas perubatan, katanya.

Operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 12.27 tengah malam, kata beliau.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pangkor , Pasir Bogak , Korea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan