Dera Pekerja: Seorang 'Datuk' Ditahan Reman Tujuh Hari

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pemilik kilang sarang burung bergelar Datuk telah ditahan reman selama tujuh hari.

Selain lelaki berusia 29 tahun itu, seorang lagi wanita yang dipercayai pengurus kilang tersebut turut ditahan reman dengan tempoh yang sama.

Mereka ditahan kerana didakwa memaksa 172 pekerja kilang wanita tempatan dan asing untuk bekerja lebih masa tanpa hari rehat di kilang itu.

Perintah tahanan reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Klang pada pagi Rabu.

Menurut sumber polis, mereka sedang disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan orang  dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Sumber itu berkata, empat orang telah ditangkap pada Selasa dalam satu serbuan di kilang, yang terletak di Jalan Pasar.

"Kedua-dua yang lain sedang disiasat di bawah Akta Imigresen dan mungkin akan didakwa di Putrajaya," katanya.

Semua 172 pekerja telah dikeluarkan dari premis oleh pihak berkuasa.

Tags / Kata Kunci: Penderaan Pekerja

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan