Dua Warga Indonesia Ditahan, Rampas Empat Laras Senapang

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 9:37 AM

Gambar hiasan senapang.

(Ubah saiz teks)

KUNAK: Polis berjaya merampas empat laras senapang buatan sendiri dan sejumlah dadah susulan penahanan dua lelaki warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di Ladang Suntai 2 Sabahan, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, polis menahan dua suspek berusia24 dan 28 tahun dan menemukan dua laras senapang bakakuk dan dua senapang guli serta 58.89 gram dadah jenis syabu bernilai RM4,500.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M.Nasir berkata kedua-dua suspek itu disyaki sebagai pengedar dadah di sekitar Ladang Sabahan dan ditakuti semua pekerja ladang ekoran memiliki senapang buatan sendiri.

"Hasil pemeriksaan, polis turut menemui tiga butir peluru dan 31 biji guli serta peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,' katanya dalam kenyataanpada Rabu.

Dalam perkembangan lain, katanya, empat suspek penagih dadah berusia 17 dan 24 tahun ditahan di sebuah rumah di Ladang PJ Sabah pada pukul 1.30 pagi.

Katanya, kesemua lelaki tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Senapang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan