Bot Karam: Operasi SAR Masuk Hari Ke-61

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan Sabah, Januari lepas, belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-61, pada Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian meliputi perairan barat laut Pulau Mangalum sehingga perairan Kota Kinabalu.

"Operasi pencarian melibatkan lima aset iaitu dua milik APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (satu), dan dua milik Pasukan Polis Marin," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata operasi SAR berkenaan akan diteruskan sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: APMM , Zubil Mat Som

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan