Imigresen Tahan 268 Pati Di Dengkil

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan 268 pendatang tanpa izin (Pati) dalam Operasi Ikrar di petempatan haram warga asing di Dengkil, awal pagi Rabu. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Pati yang ditahan merangkumi warga Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Thailand merupakan antara 380 warga asing yang diperiksa di kawasan itu.

Operasi bermula 12.15 tengah malam di lima petempatan yang agak luas dengan setiap petempatan mempunyai 50 hingga 80 pintu bilik, katanya dalam kenyataan, di sini, Rabu.

Beliau berkata, operasi itu adalah tindakan susulan serta-merta jabatan berdasarkan maklumat yang disalurkan orang ramai.

Operasi melibatkan ibu pejabat imigresen, imigresen negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pasukan Gerakan Am, katanya.

Mustafar berkata, daripada 268 Pati yang ditahan, 175 merupakan lelaki Bangladesh, 77 lelaki Indonesia, 13 wanita warga Indonesia, seorang lelaki warga Vietnam, seorang lelaki warga Myanmmar dan seorang wanita warga Thailand.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan susulan, katanya.

"Jabatan Imigresen sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram di negara ini dan juga terhadap mana-mana pihak yang melindungi Pati," tegasnya.

Mustafar berkata, jabatan itu kini menyediakan peluang kepada majikan dan pekerja untuk mendaftar di bawah E-Kad yang dibuka sehingga 30 Jun ini. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan