Dua Anggota Polis Cedera Dirempuh Kenderaan Penjenayah

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 9:56 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua anggota polis cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan penjenayah yang ingin meloloskan diri daripada sekatan di Saleng, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md. Said berkata mangsa yang merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan IPD Johor Bahru, kini menerima rawatan di Hospital Kulai.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 4.20 pagi ketika sepasukan polis peronda mengarahkan sebuah kereta dinaiki dua lelaki, berhenti di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Saleng-Kempas, Kulai.

Arahan itu, bagaimanapun tidak dipedulikan dan suspek memecut laju kenderaan itu ke arah Skudai, menyebabkan polis terpaksa mengejar kenderaan terbabit.

Beliau berkata sebanyak lima Unit Kereta Peronda (MPV) dan tiga Unit Ronda Bermotosikal (URB) dari IPD Kulai dan beberapa lagi MPV dari IPD Johor Bahru Utara dan IPD Johor Bahru Selatan turut membantu mengejar kenderaan suspek.

"Polis mengejar dari Saleng ke Skudai, kemudian masuk ke Danga Bay dan berpatah balik pula ke arah Skudai sebelum masuk semula ke daerah Kulai.

"Sampai di satu kawasan, mereka (suspek) merempuh beberapa MPV dan URB polis, mengakibatkan kenderaan dinaiki suspek rosak teruk," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Berikutan kejadian itu, katanya, kedua-dua suspek dan dua anggota polis cedera di badan.

Razak berkata berdasarkan semakan, kedua-dua suspek berusia 23 serta 27 tahun itu berasal dari Kluang, Johor dan masing-masing mempunyai 11 dan tujuh rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Polis juga menemui sebilah parang dan beberapa peralatan menagih dadah dalam kenderaan dinaiki suspek.

Kedua-dua mereka turut positif dadah dan kenderaan yang digunakan dilaporkan hilang di daerah Kluang.

Razak berkata polis akan memohon reman ke atas kedua-dua suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: anggota polis , cedera , rempuhan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan