Hanya 26 Laras Senjata Api Rela Hilang - KPN

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 6:43 PM

Gambar hiasan senjata api.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan hanya 26 laras senjata api milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dikesan hilang sejak awal bulan ini selepas semakan semula dilakukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata 12 individu berusia antara 40 dan 60 tahun turut ditahan diutara tanah air termasuk anggota Rela yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan senjata api jabatan berkenaan.

"Saya mengesahkan setakat ini hanya 26 laras senjata api yang hilang walaupun daripada perkiraan awal sebanyak 44 senjata dilaporkan hilang.Sebanyak11 daripada 26 senjata api dijumpai dan 12 individu telah ditahan.

"Kita akan melakukan beberapa lagi tangkapan di Selangor bagi mengesan 15 lagi senjata api yang hilang. Kita tahu siapa yang memiliki senjata api tersebut dan kita menasihatkan agar mereka menyerahkannya dengan segera kepada polis,"katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh di sini, Ahad.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Mengulas lanjut, Khalid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu berkenaan yang masih memiliki senjata api itu mengikut Akta Senjata Api1971, namun bentuk hukuman terhadap mereka akan dipertimbangkan jika menyerahkannya sebelum ditahan polis. Semalam, akhbar melaporkan enam individu di Kedah dan Perak ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti jual dan beli sebahagian 44 laras senjata api milik Rela daerah Selama, Perak, yang dikesan hilang sejak awal bulan ini.

Kegiatan itu terbongkar selepas Unit Penguatkuasa Lesen Senjata Api AgensiKerajaan, Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, melakukan pemeriksaan dan audit di Pusat Latihan Rela, Wilayah Utara (PLRWU) di Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh di semua agensi kerajaan yang diberi lesen menggunakan senjata api bagi mengesan sebarang penyalahgunaan atau aktiviti penjualan senjata api.

"Sebelum ini, kita juga ada kesan kes kehilangan senjata api di Melaka tetapi ia sebenarnya kesilapan pendaftaran. Jadi saya ingin menasihatkan semua agensi supaya menyemak semua daftar senjata api dan memastikan senjata api berkenaan lengkap mengikut pendaftaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PDRM khususnya Pasukan Gerakan Marin (PGM) akan bekerjasama rapat dengan Polis Air Indonesia (POLAIR) dalam usaha meningkatkan keselamatan perairan terutama di Tawau, Sabah.

Katanya kerjasama tersebut dicapai menerusi perjumpaan beliau bersama Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian di Putrajaya, semalam.

"Selain itu, kita juga membincangkan pelbagai kerjasama dalam hal berkaitan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dadah," katanya.

Ditanya tentang perkembangan dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Heaven, Lahad Datu, Julai tahun lepas, Khalid berkata mereka dijangka tiba di negara ini, petang Ahad.

Katanya dua individu berkenaan kemudian akan dihantar pulang ke rumah mereka di Tawau bagi bertemu dengan keluarga masing-masing.

Dalam kejadian 18 Julai itu, lima mangsa dilarikan kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki ditemui terkandas dengan keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Heaven. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan