Rancangan Daesh Letup Balai Polis Tapah Gagal

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 9:01 AM

Pembantu kedai makan yang ditahan di Tapah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman berjaya memberkas seorang pembantu kedai makan yang disyaki terlibat dengan kegiatan militan Daesh untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah, Perak selepas suspek dipercayai menghubungi anggota Daesh di Indonesia bagi mendapatkan bahan-bahan letupan yang akan digunakan dalam serangan itu.

Suspek merancang menggunakan bom kereta dengan meletakkannya berdekatan sebuah tangki simpanan minyak berdekatan balai polis sebelum meledakkannya.

Menurut sumber, dia merancang untuk meletupkan balai polis itu kemudian melarikan diri ke Syria sambil menambah bahawa lelaki berusia 31 tahun telah belajar bagaimana untuk membuat bom kereta dari Internet.

Turut ditahan berhubung plot yang sama ialah seorang pemilik kedai veterinar berusia 28 tahun - yang juga merupakan antara sembilan anggota militan yang ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 15 Mac hingga Selasa lepas.

Sebelum itu, suspek pertama yang ditahan pada 15 Mac lalu ialah seorang juruteknik Puspakom Sdn Bhd, berusia 27 tahun di Klang yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Telegram 'Gagak Hitam' (Sel Kumpulan pengganas Daesh yang terlibat dalam insiden letupan di Kelab Movida, Puchong).

"Kami percaya dia juga telah menyalurkan dana kepada militan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi di Syria," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Khalid berkata polis turut menahan seorang suspek yang berkerja sebagai guru sekolah rendah berusia 37 tahun, 16 Mac lepas di Kulim, Kedah.

"Suspek yang bekerja sebagai guru itu mengaku menyebarkan ideologi salafi jihadi kumpulan Daesh melalui Facebook bagi merekrut anggota menyertai Daesh," katanya.


Tags / Kata Kunci: Daesh , PDRM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan