Keluarga Nik Aziz Buat Laporan Polis Terhadap Amanah

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 5:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ahli keluarga bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Nik Mat pada Sabtu membuat laporan polis terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung penganjuran satu seminar oleh parti itu yang menggunakan nama Nik Abdul Aziz.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh menganggap penganjuran seminar oleh Amanah adalah penghinaan terhadap Allahyarham bapanya itu yang selama ini istiqamah dengan perjuangan Pas.

"Amanah nak anjur seminar guna nama tok guru (Allahyarham Nik Abdul Aziz) dan mereka sebelum ini sentiasa sebut Allahyarham pun akan sokong Amanah (jika masih hidup).

"Saya anggap ini satu penghinaan kepada Allahyarham kerana kita sedia maklum Allahyarham sentiasa istiqamah dengan perjuangan Pas ketika beliau masih hidup," katanya pada sidang akhbar di rumah Allahyarham di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama, adik Allahyarham, Nik Din dan Nik Mohd Nasim dan anak Allahyarham, Nik Adli.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa kira-kira 10.30 pagi Sabtu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas berkata anggota keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Amanah jika parti itu terus menggunakan nama Allahyarham semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Amanah, menerusi laman sesawang mereka di http://amanahdaily.com pada 20 Mac lepas dilapor akan menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9 April depan yang akan berlangsung di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Nik Aziz

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan